Modifikasi

PROTON SATRIA BOLT-ON!

Proton Satria paling banyak dipasangkan dengan enjin turbo Mitsubishi. Dahulu, 4G63 VR4 ialah enjin paling gempak untuk casis Wira dan Satria. Manakala enjin 4G61T Mirage untuk Proton Saga.

Memandangkan Satria sejak dari tahun 1995 dah keluar model 1.3 liter, jadi harganya sekarang sangat lah mampu milik.

Sewaktu awal tahun 2000, nak endorse enjin 2,000cc bukanlah masalah sangat. Sama macam Espri nak endorse enjin Deto 1.6 liter, banyak runner boleh buat dan prosedur kawal-selia pun tak seketat macam hari ini.

Apabila dah viral, makin lama makin susah dan akhirnya tak ada jalan langsung. Mana-mana body 1.3 yang sempat ditukar jadi 2.0 liter memang syukur sangat.

Proton Satria hijau ini bagaimanapun melalui kisah yang berbeza. Daripada sebuah kereta sub 100hp, ia ditukar dengan enjin 4G93 SOHC. Enjin suntikan bahan api ni adalah kembar pada 4G92 1.6 pemasangan tempatan. Tapi jangan terkejut kalau saya cakap half-cutnya banyak datang dengan body Perdana (Eterna) dan gear automatik.

Itu bukan masalah Ā kerana kedudukan cagak enjin kereta ini sama sahaja. Semua kereta Mitsubishi moden berkongsi enjin, mounting, transmisi dan banyak peralatan asas.

Barang-barang lain yang ditambah ialah intercooler custom, blo-w-off valve Tial, turbo TD05, pam Walbro dan set intercooler custom. ECU asal telah dipetakan semula untuk mendapat kuasa yang diinginkan.

Fasa kedua ialah peningkatan kualiti sistem pengendalian dan brek. Suspensi hadapan ialah jenis boleh laras TEIN. Manakala belakangnya daripada HKS. Lengan ayun belakang digantikan dengan jenis aloi.

Rim RP01 pula memang evergreen. Ia dicat putih dengan tayar Dunlop Formula D01 bersaiz 195/55r15. Brek Evo 2 pot dipasang di depan dan jenis single pot belakang.

Bahagian dalaman pulak sedap-sedap mata memandang. Papan pemuka asal diganti dengan papan pemuka Lancer, tapi apa yang peliknya guna meter UK spec.

Tempat duduk asal dan gantikannya dengan Recaro Njoy. Apa lagi? Turbo timer HKS, boost meter Blitz, stereng Momo dan sistem audio Kenwood.

Kesudahan bagi Satria model plate bawah ni biasanya berakhir dengan kit Mirage Cyborg. Tetapi Rosdi dengan bangganya mengguna pakai part asal Satria dengan tema sekarang MDM. Korang tau lampu lama Wira yang belang-belang tu sekarang trendy betul dan harga pun makin mahal. Saya baru je tau.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button