Buletin

JAM RNR ARKONIK DIBIKIN GUNA PINTU LAND ROVER 110

Pembikin jam tangan terkenal, REC Watches memperkenalkan koleksi istimewa yang diperbuat daripada pintu Land Rover 110 tahun 1984.

Jam RNR Arkonik terhad kepada 320 unit itu dijual pada harga AS$1,395 (RM5,853).

Elemen Land Rover ditawarkan pada jam tangan edisi terhad terbabit melalui rekaan dalam menyerlahkan lagi ‘jiwa’ jentera istimewa berkenaan.

Bahagian pelindung crown jam menyamai gril hadapan dan rekaan berbentuk tayar ditampilkan pada belakang jam itu.

Selain itu, kemasan ukiran terperinci menghasilkan semula rekaan casis Rover dan index yang mendapat ilham daripada penutup petrol menjadikan RNR Arkonik sangat istimewa terutama buat pengumpul jam tangan.

Land Rover 110 tahun 1984 dipilih berikutan ia merupakan jentera pertama buat pengasas Arkonik, Andy Hayes memulakan perniagaan dalam restorasi Land Rover Defender pada tahun 2006. –autoevolution

GALERI:

Google ads
Back to top button