Motosikal

HONDA FORZA 250 2021. PENGHADANG ANGIN ELEKTRIK, ABS 2 SALURAN, BERMULA RM25,388

Boon Siew Honda hari ini melancarkan  skuter Honda Forza 250 baharu ke pasaran tempatan.

Skuter maxi itu hadir dalam tiga warna menarik iaitu hitam metalik, putih-biru dan merah. Jentera itu boleh anda miliki pada harga RM25,388 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran). Ia juga hadir dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km.

Tidak perlu menaik taraf lesen memandu anda, Forza 250cc menerima penambahbaikan seperti berikut:

  • Enjin 250cc eSP+ (enhanced Smart Power) dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI. Enjin dengan ciri geseran rendah itu mampu menjana kuasa sehingga 22hp pada 7,720rpm dan tork 022.6Nm pada 6,250rpm.
  • Penghadang angin boleh dilaras secara elektrik 180mm untuk tunggangan lebih selesa. Ia boleh dikawal menggunakan butang pada hendal sebelah kiri
  • Sistem lampu LED, Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan pengecas USB.
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem brek ABS dua saluran dan sistem kunci pintar Honda.

Dari segi penampilan, skuter berkenaan kini lebih bergaya dengan rekaan lampu utama LED besar dan reka bentuk wajah yang agresif.  

Dengan tangki berkapasiti 11.7 liter, penunggang tidak perlu kerap berhenti di stesen minyak. Ruang penyimpanan di bawah pelana pula cukup luas untuk menempatkan dua buah topi keledar dan barangan lain.

Jika berminat, Forza 250 akan berada di semua cawanagn Honda BigWing, Impian X dan Impian bermula 22 Mac 2021.

GALERI

Google ads
Back to top button