Buletin

JANGAN ANAK TIRIKAN HIBRID. JIKA TIDAK, KAMI AKAN TARIK SOKONGAN – TOYODA

Presiden Toyota dan Pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) Akio Toyoda meminta kerajaan Jepun supaya menyatakan sokongan yang jelas ke atas kenderaan hibrid, sama seperti kenderaan elektrik (EV) atau berdepan hilang sokongan daripada industri automotif. 

Kata dua itu diberikan oleh Toyoda selepas Toyota berdepan kritikan daripada paara pelabur yang menyifatkan pengeluar kenderaan itu perlahan untuk beralih ke arah pembuatan EV, selain memberi tekanan kepada kerajaan Jepun supaya memperlahankan transisi tersebut. 

Bekas menteri industri dan ahli veteran Parti Demokratik Liberal (LDP), Akira Amari meminta perubahan dibuat ke atas hala tuju polisi ekonomi tahunan kerajaan. 

Amari dikatakan telah bercakap dengan Toyoda dan dalam satu dokumen menyatakan kereta hibrid perlu diberi layanan sama seperti EV, walaupun kumpulan alam sekitar menegaskan bahawa kedua-dua jenis kenderaan itu sangat berbeza. 

“Saya telah bercakap dengan Toyoda kelmarin. Katanya, JAMA tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan yang menolak kereta hibrid. Penggunaan bahan api sintetik seperti hidrogen akan membuatkan kereta hibrid 100 peratus bersih dan polisi mengenainya haruslah jelas. 

“Jika tidak, JAMA akan menarik sokongan mereka,” kata Amari. 

Berdasarkan kepada data daripada Persatuan Pengedar Automobil Jepun, jualan hibrid termasuk plug-in hybrid untuk kereta baharu di Jepun kini hampir mencecah 44 peratus. Sementara jualan EV pula kurang satu peratus di sana. 

Google ads
Back to top button