Motosikal

JEANS KEVLAR DAINESE

Sejak mula diperkenalkan kepada pengguna puluhan tahun lalu, jeans sudah mengalami pelbagai bentuk perubahan.

dainese-jeans-mekanika (1)

Ia bermula sebagai denim untuk tujuan bekerja, selain sering diangkat sebagai bintang di atas pentas peragaan. Kini, jeans sudah menjadi sebahagian daripada pakaian penting untuk penunggang motosikal di seluruh dunia.

Pada tahun 2010, Dainese merupakan syarikat pertama yang mengubah jeans menjadi satu pakaian ‘teknikal’. Pada tahun ini, Dainese memperkenalkan pula satu koleksi denim yang lengkap dan 100 peratus dihasilkan di Itali.

dainese-jeans-mekanika (2)

Koleksi itu terdiri daripada sepuluh model, empat jenis potongan dan warna-warna yang istimewa. Ia membuatkan jeans Dainese sebagai satu kelengkapan yang harus dimiliki oleh para penunggang yang mahukan keselesaan, bergaya dan lebih selamat.

Setiap helai jeans itu memiliki ciri teknikal seperti lapisan dalaman yang diperkukuhkan dengan gentian DuPontTM Kevlar® dan pembias cahaya. Ia bukan sahaja selesa dipakai, malah meningkatkan keselamatan pemakainya.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button