Motosikal

RUKKA TAWAR SUT PENUNGGANG LEBIH CANGGIH DAN MAMPU MILIK

Pengeluar pakaian untuk penunggang motosikal terkenal dari Jerman, Rukka baru sahaja memperkenalkan sut Thund-R yang didakwa dapat memberi lebih perlindungan dan gaya.

Rukka-Thund-R-motorcycle-suit-mekanika (1)

Apa yang menarik ialah peralatan flagship itu bakal ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Rukka Tund-R hadir bersama kemasan elastik pada bahagian lutut dan lengan bawah. Selain pengubahsuaian untuk lutut dan pinggul bagi keselesaan penunggang. Laminasi tiga lapisan Gore-Tex Pro dan lapisan luaran Cordura membuatkan sut ini kalis air serta tidak panas.

“Perlindungan impak ditawarkan oleh pelindung Rukka D3O Air yang selesa. Ia berfungsi menggandakan penyerapan tenaga sewaktu impak,” kata Rukka.

Rukka-Thund-R-motorcycle-suit-mekanika (3)

Perlindungan tulang belakang bagaimanapun tidak termasuk sebagai ciri standard. Tetapi jaket ini mempunyai satu poket belakang untuk pelindung Air Allback. Empat lagi poket kalis air disediakan untuk penunggang menyimpan barang.

Sama seperti pekaian perlindungan motosikal yang lain, jaket dan seluar ini dilengkapi liner suhu yang boleh dibuka bagi membolehkannya digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Satu lagi ciri penting ialah panel Keprotec-Antiglide pada seluar. Dengan AirCusion, ia melindungi punggung anda dan membuatkannya kurang berpeluh.

Rukka dijangka menawarkan dut dan seluar pada harga sekitar $500 (RM2,000) hingga $600 (RM2,400) setiap satu. Murah ke ni? Murah la kot kalo kita duduk kat Amerika.

Google ads
Back to top button