
JETOUR RAIH LEBIH 2,000 TEMPAHAN, RANGKAIAN PENGEDAR TERUS MELEBAR
JETOUR Malaysia terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran automotif tempatan apabila berjaya merekodkan lebih 2,000 tempahan sejak memulakan pemasangan tempatan pada Jun lalu.
Sehingga kini, lebih 1,000 unit model SUV popularnya, JETOUR Dashing dan VT9, telah diserahkan kepada pelanggan.
Kejayaan itu disokong oleh perkembangan pantas rangkaian jualan dan servis jenama berkenaan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menjelang Ogos, sebanyak 20 pusat pengedar sah beroperasi dengan kemudahan Jualan, Servis, Alat Ganti serta Body & Paint.
Lokasi di Lembah Klang termasuk Bukit Jalil, Klang, Cheras, Setia Alam, Damansara, Puchong, Glenmarie, Kepong, Shah Alam, Jalan Kuching dan Ampang.
Di utara, pelanggan boleh mendapatkan khidmat di Ipoh, Pulau Pinang dan Alor Setar, manakala di selatan di Johor Bahru dan Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia, Fu Yong, berkata pencapaian itu menunjukkan penerimaan positif rakyat Malaysia terhadap jenama tersebut.
“Kami komited menghasilkan kenderaan berkualiti serta menyediakan pengalaman pemilikan yang lancar dan menyeronokkan,” katanya.
Setiap pusat pengedar menampilkan ruang rehat premium, kemudahan moden dan pasukan juruteknik yang diperakui JETOUR Global Academy bagi menjamin standard perkhidmatan bertaraf dunia.

JETOUR turut mengumumkan pelan menambah rangkaian kepada 30 pusat pengedar menjelang akhir 2025, termasuk di Petaling Jaya, Seri Kembangan, Putrajaya, Sunway, Kota Damansara, Sungai Petani, Bayan Lepas, Seremban serta beberapa lokasi di Pantai Timur dan Malaysia Timur seperti Kuantan, Kota Bharu, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.
Bagi memberi keyakinan tambahan, JETOUR menawarkan pakej selepas jualan kompetitif termasuk waranti enjin 10 tahun/1,000,000 km, waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km, serta lima kali servis percuma merangkumi kos alat ganti dan buruh.








