Buletin

HONDA WR-V 2024 BAKAL DEBUT DI JEPUN – SAIZ LEBIH BESAR, JANA 119HP, HARGA BERMULA RM77K

Honda kini menawarkan SUV baharu untuk pasaran Jepun, model Honda WR-V tetapi secara asasnya ia bukanlah model yang ditawarkan di pasaran Asia Tenggara.

SUV menggunakan nama WR-V itu adalah model berdasarkan Honda Elevate berspesifikasi India dan akan menjadi tawaran pertama Honda di Jepun yang diimport dari India.

Dari segi dimensi, WR-V tidak mempunyai sebarang perubahan berbanding Elevate, selain nama yang berbeza pada pintu belakang.

Ia berukuran 4,312mm (panjang), 1,790mm (lebar) dan 1,650mm (tinggi), dengan jarak roda 2,650mm.

Sebagai perbandingan dengan Honda WR-V di negara kita, ia berukuran 4,060mm (panjang), 1,780mm (lebar), 1,576mm (tinggi) dan jarak antara roda 2,485mm.

Di bahagian dalam, Honda WR-V untuk pasaran Jepun menerima skrin infotainment lebih berbanding Honda Elevate iaitu 10.25-inci dan skrin kluster digital 7-inci.

Sementara, tempat duduk pula dikemaskan lagi melalui balutan fabrik selain, dilengkapi sistem pendingan hawa automatik dan menawarkan ruang kargo sebesar 458 liter.

Selain itu, turut disertakan secara standard ialah fungsi telematik Honda CONNECT, serta kelengkapan keselamatan Honda SENSING.

Secara mekanikal, Honda WR-V / Elevate dikuasakan oleh enjin petrol i-VTEC 1.5 liter, berupaya menghasilkan 119hp dan tork 145Nm.

Untuk harga, SUV ini boleh dimiliki pada harga bermula AS$16,550 (RM77,536), menjadikan WR-V lebih murah berbanding Honda Vezel EV yang lebih kelihatan premium.

Menurut laporan, Honda WR-V akan sampai ke pengedar Jepun pada musim bunga 2024.

GALERI:

Google ads
Back to top button