Buletin

BERSEDIA! PROTON AKAN LANCAR 4 MODEL BAHARU 18 FEBRUARI INI

Petang tadi, pihak media ada menerima jemputan rasmi pelancaran secara maya model edisi khas Proton. Model-model tersebut bakal dilancarkan menerusi laman Facebook rasmi Proton pada 18 Februari (Khamis) jam 11 pagi. 

Model apa yang akan dilancarkan itu? Dengar kata, Proton akan memperkenalkan empat model istimewa iaitu Proton Persona Black Edition, Proton Exora Black Edition, Proton Iriz Limited Edition dan Proton Saga Limited Edition. 

Besar kemungkinan ini merupakan edisi khas terakhir untuk model Persona, Exora dan Iriz sebelum ia digantikan dengan model baharu. 

Semua model tersebut dikatakan bakal tampil dengan tona hitam sepenuhnya, sama seperti Saga Anniversary Edition. Proton juga akan menawarkan semua model istimewa itu dalam jumlah terhad. Jadi, kalau berminat jangan tunggu terlalu lama untuk membuat tempahan.

Tiada maklumat terperinci yang sudi dikongsi oleh rakan kami di Proton. Tetapi, apa yang pasti ia hanya melibatkan perubahan atu penambahbaikan bersifat kosmetik sahaja. Malah, kotak gear CVT yang didakwa akan ditukar dengan transmisi automatik empat kelajuan juga tidak menjadi kenyataan. 

Bagi model R3, jentera berkenaan menerima kit badan dan rim baharu. Sementara di ruang kabin, perubahan dibuat pada kemasan tempat duduk, papan pemuka, panel pintu dan sebagainya. 

Tak perlu sibuk meneka. Tunggu sahaja pelancaran rasminya pada Khamis depan. Tak lama dah..

Google ads
Back to top button