Motosikal

BOS MV AUGUSTA KECAM TINDAKAN RUSIA. LABEL PUTIN BERFIKIRAN SEMPIT, IRI HATI DAN KEJAM

Ahli perniagaan terkenal Rusia yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov mengkritik tindakan Moscow menceroboh Ukraine.

Bahkan, Sardarov melabel Presiden Vladimir Putin sebagai ‘berfikiran sempit, iri hati dan kejam’ kerana melancarkan perang ke atas negara jiran Ukraine.

Sardarov yang menggantikan dinasti Claudio Castiglioni di MV Agusta sejak 2018 berasal dari keluarga ternama di Rusia dan menjadi tokoh penting dalam industri motosikal negara itu.

Sebelum ini, beliau memuat naik beberapa kenyataan dengan mesej keamanan terhadap pencerobohan Rusia pada 25 Februari lalu.

Akhirnya Sardarov menyatakan pendirian terhadap tindakan serangan seorang Presiden digambarkan sebagai ‘pendendam dan penipu yang paranoid’.

“Saya tidak pernah berasa sangat teruk dalam kehidupan. Saya rasa amat jijik, malu dan dikhianati dengan tindakan perang yang dahsyat, bodoh dan kejam dilakukan oleh berfikiran sempit, pendendam, kejam, iri hati dan penipu paranoid, yang membenci rakyat sendiri dan merasakan boleh mengambil alih negara jiran dengan 44 juta penduduk memiliki kerajaan melalui proses demokrasi.

“Suatu ketika dahulu mereka (Ukraine) merupakan kawan terbesar kami, biarpun diseksa selama lapan tahun. Rakyat Rusia belum pernah dikhianati oleh mana-mana pemimpin dalam sejarah negara yang panjang, sukar dan dibanggakan. Dia tidak mewakili kami dan kami akan campak dia ke sisa sejarah!”  

Tindakan Rusia melancarkan perang ke atas Ukraine mengundang kecaman antarabangsa hingga dikenakan beberapa sekatan perniagaan (ekonomi). –visordown

Google ads
Back to top button