Buletin

GADUH DENGAN BINI, MYVI PAK MERTUA PULA YANG KENA BAKAR

Gara-gara berang bapa mentua masuk campur pertengkarannya dengan isteri, seorang lelaki bertindak membakar kenderaan milik bapa mentuanya. Kejadian itu berlaku di tepi Jalan Senggang, Parit, Perak, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin Wariso berkata suspek berumur 41 tahun berjaya ditahan selepas melarikan diri ke Kuantan, Pahang, pada 8.15 malam tadi.

Pada kira-kira 11 malam Rabu, suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 34 tahun di rumah bapa mentua di Tanjung Belanja, Parit. Bapa mentuanya kemudian cuba untuk meleraikan pergaduhan itu sebelum suspek keluar dan tidak pulang.

“Keesokan paginya, mangsa menyedari Perodua Myvi miliknya yang diletak di halaman rumah sudah tiada sebelum kereta itu ditemui hangus terbakar sepenuhnya di tepi Jalan Senggang Parit, pada 1.30 tengah hari,” kata Barudin. – Bernama 

Google ads
Back to top button