Artikel PilihanModifikasi

BERITA BAIK. PILIHAN ENJIN 2JZ UNTUK SUPRA A90 SUDAH ADA!

Ia adalah sebuah kereta yang menerima “kritikan keras” dari peminat jentera asli sport Toyota. Ketika dilancarkan, Supra A90 ini mendapat komen yang bukan sedikit – dari golongan yang hidup dengan keagungan jentera Jepun keluaran 90-an.

Supra A90 dibina berdasarkan perkongsian bersama BMW. Ia dikuasakan enjin enam selinder sebaris sama seperti BMW Z4 dan itu mungkin berita tidak menggembirakan pengikut asal Supra dari empat generasi sebelumnya.

Tapi tak mengapa. Ada berita baik.

Penala dari Amerika, CX Racing sudah mla menawarkan perkhidmatan menukar enjin asal kepada enjin lagenda 2JZ-GTE. Ya. Kalau ada duit, boleh suruh diorang swap terus enjin 2JZ dalam bay supra baru ni.

Namun berdasarkan respon dan laman facebook CX Racing lain pula ceritanya. Modifikasi begini dikritik kerana teknologi yang terlalu ketinggalan dari enjin 2JZ tersebut.

Enjin asal B58 BMW 3.0 liter asal mampu menghasilkan 335 kuasa kuda di ekstrak menggunakan satu unit turbo. 2JZ walaupun menggunakan dua unit turbo bagaimanapun boleh ditala sehingga 1,000 kuasa kuda tanpa masalah. Tapi kena tukar segala mak nenek internal parts lah, dah tak murah juga harganya.

Enjin B58 baru ini juga lebih moden, justeru ramai yang menganggap, menyalinnya dengan 2JZ sebagai langkah ke belakang.

B58 merupakan enjin berteknologi tinggi, suntikan terus, variable valve lift dan sistem pemasa variable valve yang lebih canggih. Spesifikasi untuk M4 ialah 382 kuasa kuda dan masih lagi menepati kawalan emisi.

Sukar untuk membuat imaginasi bagi seorang pembeli A90 yang berharga RM200K (di AS) sanggup membuat transplan sebegini.

Tapi kisah apa kan kalau banyak duit?

Apa kata anda?

Google ads
Back to top button