Buletin

KEMENANGAN HAMILTON DI GP BRITISH KALI KE-8 CETUS KONTROVERSI

Lewis Hamilton dituduh sebagai ‘berbahaya dan kurang sopan’ selepas meraih kemenangan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) British sekali gus mencatat kemenangan kali ke-8 berturut-turut di litar Silverstone.

Max Verstappen mendakwa dirinya ‘diheret keluar’ dalam satu pertembungan di pusingan pertama saingan sehingga dibawa ke hospital dalam perlumbaan terbabit.

Hamilton bagaimanapun membalas dakwaan itu selepas perlumbaan dengan mengatakan dia tidak melakukan sebarang ‘unsur membuli’.

Dengan sokongan padu lebih daripada 140,000 penonton, Hamilton cuba memintas Verstappen di selekoh Copse di pusingan pertama saingan.

Verstappen enggan menyerah dan kedua-dua tayar jentera dipandu mereka bersentuhan dan Red Bul ‘dihimpit’ keluar daripada trek sehingga terkena penghadang keselamatan. Hamilton bagaimanapun meneruskan perlumbaan dengan rim tayar yang rosak.

“Syukur saya OK,” tulis Verstappen dari hospital dalam satu hantaran di Twitter. “Sangat kecewa apabila dikeluarkan seperti ini.”

Prinsipal pasukannya, Cristian Horner dalam pada itu berkata: “Saya harap Lewis sangat gembira dengannya. Ia satu kemenangan yang tidak bermakna.

“Copse adalah salah satu selekoh terpantas di dunia. (Bagi saya), itu adalah pemanduan yang kotor.”

Hamilton yang memenangi GP British buat kali kelapan dalam kariernya begitupun mempersalahkan Verstappan yang dianggapnya agresif.

“Saya tidak fikir dia perlu menjadi agresif sebegitu,” katanya. “Saya tidak akan menyerah kepada sesiapapun. Saya tidak akan membuli sekiranya ia kurang agresif. Kami memerlukan mata. Dia membuka ruang dan saya mencabarnya.” – TheGuradian/BH/BBC

Google ads
Back to top button