Buletin

DIROMPAK KETIKA TIDUR DALAM KERETA DI FEDERAL HIGHWAY – HILANG KAD BANK DAN BEG COACH

Seorang lelaki berkongsi cerita mengenai kejadian rompakan yang menyebabkan dia kehilangan harta benda, kad bank serta kad akses ketika sedang tidur di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan.

Melalui perkongsian di Twitter, mangsa, Nor Izwan Izzat, meletakkan kereta sekitar jam 3 pagi dan tidur sebentar kerana terlalu letih sebelum tersedar dirinya telah dirompak.

Beliau berkata kejadian itu berlaku berhampiran stesen minyak Shell dan Petronas Batu Tiga, menghala ke arah Shah Alam.

Semua harta benda kecuali telefon bimbit kereta telah dilarikan oleh perompak, termasuk beg berjenama Coach.

Tambahnya, dia hanya mengetahui dirompak selepas dikejutkan oleh panggilan dari bank pada jam 7 pagi.

Pihak bank menghubunginya untuk memaklumkan bahawa beberapa pengeluaran dan transaksi telah dibuat hingga menyebabkan baki akaun mempunyai kurang daripada RM50.

Lebih mengejutkan, perompak tersebut mengetahui nombor PIN untuk mengeluarkan wang dari bank.

“Apa yang saya risaukan ialah kunci rumah saya serta kad akses berada di dalam beg. IC saya juga mempunyai alamat saya dan saya tinggal bersendirian.

“Pejabat pengurusan ditutup pada hujung minggu jadi saya hanya boleh pergi untuk membatalkan kad akses saya pada hari Isnin. Buat masa ini saya perlu menggunakan padlock,” jelas Nor Izwan Izzat di Twitter.

Nor Izwan Izzat juga mengingatkan orang ramai di rantaian ciapan tersebut, supaya sentiasa mengunci kereta jika tidur di dalam kereta. – The Rakyat Post

Google ads
Back to top button