Artikel Pilihan

KENAPA KERETA AMERIKA TAK LAKU? TAK CUKUP POWER KE?

Satu-satunya kereta jenama Amerika yang boleh dilihat di Malaysia ialah jenama Ford, terutamanya Ford Ranger. Jenama lain seperti Chevrolet, Fiat, dan Alfa Romeo (FCA Group) sudah lama bungkus ikat tepi. Anda boleh beli kereta jenama Chevrolet di pasaran terpakai dengan harga mahal sikit dari Yamaha Lagenda.

Jika situasi ini sangat sedih di negara kita, di Amerika sendiri pun jenama Amerika (Ford, GM dan FCA) terpaksa bekerja keras bagi mengekalkan 40% pegangan pasaran. Sebagai perbandingan Perodua dan Proton berjaya mengawal sehingga 57% pegangan pasaran di Malaysia. Jadi apa sebenarnya masalah dengan jenama Amerika ini?

1. Pengurusan yang fokus kepada angka – sebagai contoh, jenama Opel dan Vauxhall merupakan jenama yang dipegang oleh GM tapi dijual kepada kumpulan PSA (Peugeot, Citroen) pada nilai 2 billion USD selepas 17 tahun pengurusan GM rugi sebanyak 20 billion USD.

Tapi paling kelakar selepas setahun mengambil alih kedua-dua jenama PSA mencatatkan keuntungan 978 juta USD pada tahun 2018. Apabila GM mengambil alih Opel, mereka menghantar ketua operasi yang fokus pada penjimatan dan langkah ini merupakan langkah defensif. Langkah ini juga membuatkan Opel dikenali sebagai jenama murah, tak berkualiti dan bermasalah

Apa yang GM patut lakukan ialah bangunkan jenama Opel agar setara dengan Audi, bukannya hasilkan produk copy paste Chevrolet.

2. Gagal memahami kehendak pasaran tempatan – apabila cuba menembusi pasaran tempatan katakanlah Asia atau Eropah, pengurusan GM seringkali memilih untuk menghantar produk mereka dari Amerika yang terkenal dengan pelahap minyak dan besar. Bayangkan anda nak memandu SUV besar GM di jalan-jalan kecil Peranchis atau di jalan sesak India

Jadi GM terpaksa menarik diri dari pasaran Asia (Jepun & India) serta Eropah atas faktor ini. Malas untuk melakukan inovasi bagi keperluan pasaran tempatan merupakan faktor utama kegagalan mereka dalam pasaran

3. Terlalu fokus pada SUV – dalam keadaan perkembangan ekonomi dunia yang kurang memberangsakan, permintaan terhadap crude oil berkurang menyebabkan harga bahan api seperti petrol dan disel berkurang. Hasilnya agak positif kerana ia mendorong pemandu untuk bertukar kenderaan dari sedan kepada SUV/crossover.

Jadi 3 pemain utama berlumba-lumba menghasilkan SUV/crossover terbaru dimana ia merupakan kereta tradisi rakyat Amerika sehingga mereka melupakan pembangunan inovasi kenderaan sedan yang lebih mampu milik. SUV boleh menjana untung yang lebih banyak kata mereka tapi pada masa yang sama Honda, Toyota dan pengeluar Jepun tetap membangunkan dan menghasilkan sedan.

Disebabkan lebih ramai pengeluar menghasilkan SUV, persaingan dalam kategori ini menjadi semakin sengit, dah jadi red ocean dan bukan lagi blue ocean. Manakala Toyota, Honda, Kia/Hyundai kekal dalam kategori sedan dan masih lagi mampu menjual SUV yang dibangunkan atas platform sedan

4. Perlindungan Cukai– salah satu sebab kenapa SUV/crossover menjadi pilihan di Amerika ialah harganya yang kompetitif disebabkan ia dilindungi oleh struktur cukai yang dikenali Chicken Tax. Cukai ini mengenakan tarif sebanyak 25% terhadap SUV/crossover yang dipasarkan di Amerika secara CBU.

Ini menyebabkan Ford dan GM menghasilkan lebih banyak SUV kerana pesaing mereka akan kalah dari segi harga manakala Ford, GM dan FCA kekal untung. Namun cukai ini juga menjadikan Ford dan GM lambat dalam inovasi disebabkan rasa dilindungi serta mendorong pasaran Amerika membeli SUV/crossover sebagai kenderaan utama

Disebabkan gagal bersaing, Ford rugi 3.6 billion di Eropah dan meninggalkan pasaran Indonesia, Jepun dan Russia disebabkan gagal untuk bersaing di pasaran terbuka yang mementingkan persaingan, harga kompetitif dan juga inovasi.

5. Masalah kualiti – selain dari menggunakan bahan api yang tinggi, kenderaan keluaran Amerika juga sangat terkenal dengan isu kualiti yang remeh dan kebanyakan isu ini boleh diselesaikan jika mereka menggunakan bahan binaan serta rekaan yang lebih baik.

Namun kebanyakan masa pengeluar Amerika memilih untuk melakukan proses pemotongan kos yang akhirnya menjejaskan kualiti kenderaan keluaran mereka. Pada tahun 2018, 1.6 juta unit Ford F150 dipanggil semula (masalah tali pinggang keselamatan), 1.3 juta unit Ford Fusion dipanggil semula (masalah bolt di steering) serta 1.3 juta unit Ford Focus mengalami masalah berkenaan tangki bahan api

6. Pengurusan yang selalu berubah dan berterabur – berbeza dengan gaya pengurusan Jepun, pengurusan syarikat Amerika selalu menukar CEO jika mereka gagal menunjukkan prestasi, selalu menukar visi syarikat dan selalu meminta pasukan pembangunan menghasilkan produk baru yang lebih canggih. Walaupun canggih, produk baru ini tidak stabil

Toyota mengaplikasikan Toyota Production System dimana isu kualiti sangat ditekan dalam budaya kerja. Apabila kualiti ditingkatkan, maka syarikat akan menjadi lebih untung. Malah mereka turut menghadiahkan saguhati kepada pekerja yang berjaya menemui masalah dalam kilang. Budaya ini sangat berbeza dengan budaya kerja Amerika yang mementingkan budaya penjimatan kos

Kebanyakan pemimpin syarikat automotif Amerika diketuai oleh CEO dengan latar belakang malah ada yang memiliki latar belakang dalam bidang pertukangan kayu. CEO dari syarikat automotif Jepun memiliki latar belakang yang kuat dalam kejuruteraan dan teknikal, malah Akio Toyoda yang memiliki latar belakang ijazah pengurusan perniagaan dicelup dalam budaya teknikal dan sukan permotoran Toyota

Dengan kelebihan dalam bidang perniagaan, budaya Kaizen, budaya Gemba (pergi dan lihat masalah di tempat sebenar) dan CEO berwawasan tinggi menjadikan produk buatan Jepun lebih beradaptasi dengan kehendak pasaran tempatan (Eropah, Asia, Amerika), berkualiti tinggi dan serta memiliki pasukan yang kuat dalam inovasi, teknologi dan R&D

Google ads
Back to top button