Buletin

TEMPAHAN HYUNDAI ELANTRA 2021 KINI DIBUKA. 1 VARIAN, ENJIN SMARTSTREAM 1.6MPi, RM1XX,888

Hyundai Sime-Darby baru-baru ini mengumumkan bahawa tempahan untuk model Elantra serba baharu sudah dibuka dengan yuran cuma RM77. 

Sedan segmen C itu hanya akan ditawarkan dalam satu varian sahaja. Bakal bersaing secara langsung dengan Honda Civic, Toyota Corolla dan Mazda3, Elantra generasi ketujuh itu dikuasakan oleh enjin baharu Smartstream G1.6 MPi. 

Enjin aspirasi biasa bersesaran 1.6 liter itu mampu menjana kusa mencecah 123_S dan tork 154Nm. Kuasa kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear pintar binaan Hyundai, Smartstream IVT. 

Kotak gear lapan kelajuan automatik itu menggunakan chain belt untuk memberikan maklum balas lebih baik berbanding transmisi CVT. Malah, ia dikatakan tahan lebih lama dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan. 

Rangkaian kuasa tersebut didakwa mampu menawarkan penjimatan bahan api 4.2 peratus lebih baik dan menghalang daripada enjin hilang kuasa sehingga 8 peratus.

Pemandu turut ditawarkan dengan empat mode pemanduan iaitu Eco, Smart, Sport dan Comfort yang boleh ditukar dengan mudah. 

Seperti semua model baharu Hyundai, Elantra tampil dengan bahasa rekaan Sensous Sportines dan elemen Parametric Dynaic untuk gayaan yang dramatik.

Bahagian hadapannya diserlahkan dengan gril besar berwarna hitam yang diapit oleh sepasang lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED nipis. 

Bahagian belakang pula seakan-akan mengambil inspirasi model sedan lebih besar, Sonata dengan rekaan lekuk tajam dan reka bentuk lampu LED yang tidak konvensional. 

Aspek keselamatan Elantra dipertingkatkan dengan pemasangan sistem Hyundai Smartsense. Ia terdiri daripada sistem Amaran Pelanggaran hadapan & Bantuan Mengelak, Amaran Pelanggan Titik Buta, Bantuan Kekal Laluan & Bantuan Mengikut Laluan, Amaran intasan Trafil Belakang (RCTA) & Bantuan Mengelak, Kawalan Jelajah Pintar dengan ciri Stop & Go, Amaran Tumpuan Pemandu serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS). 

Jika berminat, Elantra ditawarkan pada harga bermula RM1XX,888 seunit dan bakal dilancarkan Disember ini. 

Google ads
Back to top button