Motosikal

YAMAHA TAWAR JORGE LORENZO JADI TEST RIDER. KURANG SIKIT STRESS DIA

Yamaha dilapor menawarkan peranan sebagai penunggang uji kepada bekas juara dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorrnzo bermula musim 2020.

Lorenzo sebelum ini mengumumkan persaraan sebaik sahaja musim 2019 berakhir selepas bergelut akibat masalah kecederaan dan kesukaran menyesuaikan diri dengan jentera Honda RC213V.

Pelumba Sepanyol itu pernah bersama Yamaha dalam MotoGP selama sembilan tahun dan melakukan debut dengan jenama itu pada tahun 2008. Selain mencatat ketiga-tiga kejuaraan dunia menggunakan jentera M1 pada tahun 2010, 2012 dan 2015.

Yamaha memperkenakan pasukan penunggang uji Eropah buat pertama kalinya tahun ini yang diketuai oleh bekas pelumba pasukan Yamaha Tech3, Jonas Folger. Ia juga menyesahkan tidak akan melanjutkan khidmat Folger walaupun pelumba itu mendakwa kontraknya masih belum tamat.  

Ruang kosong itu pada awalnya mahu ditawarkan kepada Johann Zarco dan dibantu oleh bekas ketua krew Valentino Rossi, Silvano Galbusera. Tetapi, rancangan itu tidak menjadi apabila Zarco memilih untuk menggantikan Takaaki Nakagami daripada pasukan LCR Honda.

Dalam satu temuramah dengan Servus TV di Austria baru-baru ini, Lorenzo memberitahu dia akan kembali ke paddock pada musim 2020, tetapi enggan mengulas lanjut.

Nampaknya teka-teki itu sudah terjawab. Good luck Lorenzo!

Google ads
Back to top button