Artikel Pilihan

KENWORTH SUPERTRUCK 2 – SEKALI TENGOK TERUS RASA NAK JADI PEMANDU TRAK

Nampaknya bukan Honda sahaja yang bakal jadi perintis trak mesra alam. Bertempat di expo Advanced Clean Transportation (ACT), Kenworth turut memperkenalkan ciptaan terbaru mereka yang dinamakan SuperTruck 2. Inilah trak mesra alam serba dengan rekaan futuristic. Sekali tengok macam trak Highwayman dalam siri TV masa abang masih muda-muda dahulu.

Rekaan SuperTruck 2 ni memang berbeza dari trak lain terutamanya pada bahagian hadapan yang menyamai kepala kereta peluru. Ia memang untuk meningkatkan ciri aerodinamik dengan rekaan yang ‘licin’ di seluruh bahagian badan. Tayarnya juga ditutup sepenuhnya untuk mengurangkan seretan dan cermin sisinya juga diganti dengan kamera untuk penglihatan yang lebih baik.

Selain tarikan pada sistem lampu LED dikeseluruhan badan trak ia juga turut dilengkapi dengan suspensi aktif yang mampu dilaras ketinggiannya untuk mengoptimakan operasi dan membantu aerodinamik. Masa pakir boleh ‘slam’ terus badan macam Honda Civic Fast and Furious silap-silap ni.

Ciri futuristiknya berterusan ke bahagian dalam kokpit yang menempatkan kedudukan pemandu di tengah-tengah lengkap dengan panel instrumentasi digital bersaiz 15 inci. Kan abang dah cakap trak ni gaya memandunya macam trak Highwayman. Memang ergonomic habis kawalan kalau dilihat pada gambar-gambar dan video yang disediakan.

Bahagian belakang kokpit dijadikan kawasan rehat pemandu siap dengan sofa bed yang lengkap dengan meja mudah alih dan ruang kemasukan udara. Ruang ni nampak lebih luas berbanding trak zaman sekarang.

Kuasa trak ini dijana oleh enjin PACCAR MX-11 yang mampu menghasilkan 440hp kuasa maksima dan dilengkapi dengan sistem hibrid ringan menggunakan bateri lithium-ion generasi terbaru.

Selain meningkatkan kecekapan enjin sistem hibrid juga membantu menjimatkan tenaga sewaktu pemandu berehat selepas memandu untuk jangkamasa panjang. Mereka kini boleh mematikan enjin semasa berehat dan menikmati tidur yang selesa dengan sistem hibrid sokongan. Sebelum ni enjin mesti dibiarkan hidup untuk menggunakan pennyaman udara.

Dengan gabungan enjin disel moden dan sistem hibrid, trak ini memberikan penjimatan yang lebih baik berbanding trak konvensional lain. Malah ia juga jauh lebih ringan sekali gus menyumbang kepada penjimatan yang lebih tinggi.

Rintangan putaran roda juga berjaya dikurangkan dengan pennggunaan tayar konsep terbaruyang hanya mempunyai berat sekitar 161 kilogram. Sebab itulah trak ini cuma dipasang dengan tangki bahan api berkapasiti 303 liter. Tak payah tangki besar-besar sebab minyak dah jimat banyak.

Google ads
"
"
Back to top button