Buletin

KERETA MAZDA KINI HADIR DENGAN PENYELENGGARAAN PERCUMA SELAMA 5 TAHUN

Bermaz Motor baru-baru ini mengumumkan bahawa semua kenderaan Mazda yang didaftarkan mulai 1 Januari 2019 akan menerima jaminan pengilang dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Sebelum ini, ia menawarkan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun sahaja. Tawaran ini melibatkan semua kereta Mazda kecuali trak pikap Mazda BT-50.

 Pakej itu menawarkan servis percuma berdasarkan kepada standard pengeluar, merangkumi kos buruh, alat ganti dan minyak. 

Bermaz juga ada menyediakan perkhidmatan selepas jualan iaiu Bantuan Tepi Jalan Mazda 24 jam untuk kenderaan yang mengalami kerosakan. Mazda Mobile Service pula memberikan perkhidmatan dari pintu ke pintu di Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa caj tambahan. 

Dengan kerjasama Mazda Medicare Fund yang merupakan salah satu program CSR Bermaz, Kad Keistimewaan Mazda telah diperkenalkan. Ia bertujuan meningkatkan dana kabajikan dan memberi ganjaran kepada pemilik Mazda yang sentiasa menyokong program kebajikan Bermaz. 

Kad itu memberi kelebihan kepada pemegangnya dari segi perkhidmatan selepas jualan dan membeli barangan rasmi Mazda.  

Tags
Google ads
Back to top button