Artikel Pilihan

KERETA SPORT KOMPAK FORD PUMA -INILAH DIA BABY MUSTANG

Barangkali anda mungkin terkeliru dengan nama kereta ini. Itu hari BK ada kongsikan tentang Crossover dengan nama Ford Puma juga. Usah terkeliru. Yang sebenarnya, inilah dia asal usul jenama Ford Puma, sebuah Kereta Sport Kompak yang telah pupus sebelum Ford mengambil inisiatif untuk mewujudkan kembali plat nama Ford Puma ini.

Kereta Sport Kompak Ford Puma ini mula dikeluarkan pada tahun 1997 oleh Ford Europe AG dengan kilang pemasangannya di Cologne, Jerman dengan sassaran utama pasarannya adalah di Eropah. Reka bentuk luaran Ford Puma ini.

Reka bentuk luaran Ford Puma ini dari sisi hadapan nampak macam orait juga ketika itu. Tapi tak adalah nampak garang sangat. Bahagian belakang pun sepatutnya boleh jadi lebih garang tapi masih kurang garang penampilannya. Dan ketidakgarangan Ford Puma ini bertambah apabila ianya hanya menggunakan rim bersaiz 15 inci sahaja. Ruang penumpang belakang pula ngam – ngam sahaja untuk anak kecil. Tak sesuai langsung untuk membawa penumpang dewasa.

Ketika hayatnya, Ford Puma ini ditawarkan dengan empat pilihan enjin kepada pembeli, Enjin 1.4 liter dengan kuasa 88 hp, enjin 1.6 liter dengan kuasa 99 hp, 1.7 liter dengan kuasa 120 hp dan 1.7 liter (model Ford Racing Puma) dengan kuasa 132 hp. Ikut bajet pembeli lah kiranya. Oh ya, suka juga untuk BK maklumkan bahawa enjin 1.7 liter dibina bersama dengan pihak Yamaha. Dan sebagai sebuah Kereta Sport, sudah tentulah ianya menggunakan kotak gear manual.

Kalau nak sedap, memang elok beli yang Ford Racing Puma yang hadir dengan edisi terhad. Paras rupanya dah betul – betul serupa Kereta Sport. Penggunaan kit badan yang lebar hasil rekaan Tickford dan rim yang lebih besar berbanding model standard. Lengkap pula dengan tempat duduk bucket Sparco. Harga yang ditawarkannya ketika itu juga lebih mahal berbanding model Ford Puma dengan harga £23,000, kira kira beza sepuluh ribu Pound jugalah.

Walau pun kitaran hayat Ford Puma ini singkat (1997 – 2002), namun rekod penjualannya agak bagus juga sebenarnya. Sejumlah 133,000 unit telah dibina termasuk kira kira 500 unit Ford Racing Puma. Dan selepas itu tamatlah riwayat Ford Puma ini sebagai Kereta Sport Kompak. Cumanya sekitar tahun lepas Ford Europe kembali menggunakan plat nama Ford Puma ini sebagai Crossover pula.

BACA : TOYOTA COPEN GR SPORT, MISI MENGIDAM BERMULA

BACA : SEGALANYA TENTANG FORD MUSTANG

Tags
Google ads
Back to top button