
APRILIA RS660 SAH MASUK MALAYSIA HUJUNG TAHUN INI!
Pengedar rasmi jenama motosikal jenama Aprilia di Malaysia, Didi Resources memberitahu pihaknya akan membawa masuk jentera supersport yang cukup dinanti-nantikan, RS660 pada hujung tahun ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pemasaran Piaggio Asia Pasifik, Nicola Capello sewaktu majlis memperkenalkan model Aprilia RSV4 X di Kuala Lumpur semalam.
Capello turut mengakui bahawa Malaysia merupakan pasaran utama Aprilia pada masa sekarang.
Ini sememangnya satu berita yang sangat mengujakan kerana sudah begitu lama Aprilia tidak memperkenalkan model bersesaran sederhana ke pasaran tempatan.

Antara model bersesaran kecil yang paling diingati oleh peminat motosikal di Malaysia pastinya RS250 yang dipasarkan sekitar tahun 1990-an.
Kewujudan RS600 mula mendapat perhatian ramai apabila Aprilia mendedahkan model Concept RS660 pada acara EICMA 2018 di Milan, Itali.
Disifatkan sebagai adik kepada RSV4, sportbike kelas pertengahan itu direka khas untuk generasi baru yang mahukan keseronokan menunggang di jalan raya dan litar.

Aprilia sebelum ini hanya menghasilkan motosikal sport dengan enjin berkapasiti 1.0 liter. Tetapi kini mereka mula menurunkan ilmu mereka untuk menghasilkan model sport bersaiz yang lebih kecil.
RS660 menggunakan khidmat enjin parallel-twin du selinder sebaris yang diasaskan daripada unit 1,100cc V4 yang dipasang pada model Tuono 1100.
Memiliki saiz yang kompak, enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 100hp. Dengan berat hanya 168kg, anda boleh bayangkan sendiri bagaimana ia boleh memecut laju di lebuh raya dan melayan selekoh di laluan kampung.

Sebagai sebuah jentera baharu, RS660 didatangkan dengan pelbagai ciri menarik. Antaranya ialah lima mode tunggangan, Cornering AbS, kawalan cenglaman, kawalan wheelie dengan brek enjin, quickshifter, kerangka aluminium, brek Brembo
Korang rasa berapa harganya nanti? Mesti ramai yang tidak sabar nak tunggu kan…