Buletin

JAGUAR F-PACE GUNA SISTEM KAMERA CANON EOS TERCANGGIH RAKAM VIDEO 5.9K

Jaguar telah bekerjasama dengan Canon Europe untuk merakam aksi F-PACE dalam kejelasan 5.9K yang penuh sinematik menggunakan teknologi kamera tercanggih.

Rakaman prestasi SUV Jaguar itu dibuat sewaktu pelancaran rasmi kamera Canon EOS C500 Mark II baharu.

Filem itu merakan rangkaiam model F-PACE termasuklah model SVR berkuasa 550PS. F-PACE SVR yang dijana oleh enjin V8 itu membuktikan keupayaan dinamik ketika memecut di laluan berselekoh di Velefique, selatan Sepanyol. Jentera itu mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.3 saat sahaja.

Jaguar berkolaborasi dengan Canon untuk membna kenderaan kamera terbaik bagi tujuan ramakan tersebut. Krew memasang sebuah F-PACE dengan Russian Arm, kren kamera kawalan jauh yang dilengkapi kamera terkini EOS.

SUV itu dibalut dengan pelekat berwarna hitam matte untuk meminimumkan biasan ketika rakaman dibuat.

“Jaguar berbangga kerana menjadi pengeluar kenderaan pertama yang menguji keupayaan sistem Cinema EOS generasi baru. Filem ini benar-benar dapat merakam karekter dinamik dan kemewahan ruang kabin F-PACE,” kata Ketua Komunikasi Jenama Global Jaguar, Andy Hunt Cooke.

Ciri Kestabilan Imej Elektronik Termaju yang ada pada kamera Canon EOS C500 Mark II dan fungsi Dual Pixel Auto Focus memastikan SUV itu sentiasa berada dalam fokus sepanjang penggambaran.

Kamera baharu itu mampu merakam footage dengan kualiti 5.9K sehingga 60 bingkai sesaat.

Di Malaysia, F-PACE ditawarkan pada harga bermula RM448,800 seunit. Manakala model SVR boleh ditempah khas.

Google ads
Back to top button