
KIA EV9 2024 BAKAL DEBUT – TAMPIL MEWAH DENGAN BAHASA REKAAN ‘OPPOSITES UNITED’
Kia EV9 akhirnya bakal melakukan debut selepas Kia pertama kali memperkenalkannya di pratonton konsep pada tahun 2021.
Kia EV9 tampil mewah dengan falsafah reka bentuk ‘Opposites United’ terutamanya bahagian hadapan apabila rekaan ‘Digital Tiger Face’ dipadankan lampu hadapan menegak, cermin sisi konvensional serta lampu nyalaan siang.
Sementara itu, reka bentuk lampu belakang adalah hampir sama seperti model konsep selain terdapat spoiler bersaiz besar.

Kelihatan kemas dan futuristik, crossover elektrik ini menggunakan rim empat jejari yang mempunyai reka bentuk aerodinamik dan didatangkan dalam dua tona.
Dari segi dimensi, model ini lebih pendek berbanding Telluride, berukuran sepanjang 4,903mm, lebar 2,055mm, tinggi 1,790mm dan jarak roda sekitar 3,100 mm.
Menurut Kia, Crossover ini ditawarkan dalam konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk untuk memberikan lebih keselesaan kepada penumpang.
Paling ketara adalah tempat duduk baris kedua boleh dipusingkan 180 darjah, menghadap tempat duduk baris ketiga. Maklumat lain termasuklah penumpang baris ketiga akan dilengkapi pemegang cawan serta port pengecasan.
EV9 menerima dua skrin sentuh bersaiz 12.3-inci serta paparan lima-inci untuk kawalan fungsi kenderaan. Kita juga boleh melihat kemasan kelabu dan pelbagai ‘butang digital’ untuk sistem infotainmen.
Dibina berdasarkan platform Electric Global Modular Platform (E-GMP) mirip EV6, Kia bagaimanapun masih merahsiakan spesifikasi trenkuasa EV9.
Untuk harga pula, Kia EV9 ini berkemungkinan dijual pada harga sekitar AS$56,000 (RM250,544, standard) hingga AS$70,000 (RM313,180, varian tertinggi).
GALERI:




- BACA: KIA NIRO MENANG ANUGERAH WOMEN’S WORLD CAR OF THE YEAR 2023
- BACA: GAMBAR INTIP: KIA RIO SEDAN GENERASI BAHARU SEDANG DIUJI. BAKAL BERSAING DENGAN VIOS, CITY (KALAU MASUK MALAYSIA)
- BACA: KIA SORENT0 2023 RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, 2 PILIHAN ENJIN, 6/7 SEATER, BERMULA RM211K
- BACA: LEXUS, GENESIS, KIA JENAMA PALING DIPERCAYAI TAHUN 2022 – J.D. POWER