
KIA TASMAN BAKAL DILANCARKAN SEPARUH PERTAMA 2025
Mac tahun lalu, Kia mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan pikap elektrik serta ICE menjelang 2027 dan salah satunya ialah trak pikap digelar sebagai Tasman, dijangka debut pada 2024.
Menurut laporan, Kia mendedahkan tayangan perdana model tersebut pada tahun depan dengan pasaran Korea Selatan bakal menerima model itu terlebih dahulu pada separuh pertama 2025.

Kia bagaimanapun masih merahsiakan butiran lebih terperinci. Sejajar dengan sasaran Kia, Tasman kemungkinan ditawarkan dalam kedua-dua rangkaian iaitu elektrik dan juga ICE.
Dalam samaran diesel, ia dikatakan mengambil bentuk body-on-frame double cab dengan kapasiti muatan hampir 1,000 kilogram.

Reka bentuknya kekal misteri kerana hanya ada beberapa rekaan berkemungkinan milik model berkenaan, di mana kesemuanya kelihatan mempunyai bahasa reka bentuk Mohave yang diubah suai.
Sehingga kini, masih belum dapat dilihat sama ada Tasman akan menjadi varian pikap SUV atau kenderaan yang sama sekali berbeza.
Di Australia, Tasman dirancang untuk menjalankan uji pandu pada penghujung tahun depan.