Buletin

KIA RECALL 295,000 KENDERAAN DI AMERIKA SYARIKAT. RISIKO ENJIN BOLEH TERBAKAR PULA

Pengeluar Korea Selatan mengumumkan panggilan semula 295,000 unit kenderaan di Amerika Syarikat (AS) berikutan berdepan risiko enjin terbakar.

Pengumuman ini dilakukan selepas seminggu Hyundai membayar denda sivil AS$210 juta (RM855 juta) kepada pengawal selia keselamatan AS apabila gagal memanggil semula 1.6 juta kenderaan yang terdapat isu berhubung enjin.

Kia memanggil semula model merangkumi Kia Optima Hybrid (2011-2013), Sportage (2012), Sorento (2012-2013), Forte dan Forte Koup enjin 2.4 liter Theta II (2012-2013).

Selain itu Forte, Forte Koup dan Soul menggunakan khidmat enjin NU 2.0 liter tahun 2014 hingga 2015 turut dipanggil semula.

Panggilan semula ini dilaksanakan kerana kebakaran boleh pada bahagian enjin ketika memandu kenderaan. 

Para pemilik kenderaan yang terbabit dinasihatkan untuk menghantar kenderaan mereka di pusat pengedar untuk pemeriksaan dan melakukan ujian kebocoran di bahagian enjin.

Para pengedar akan melakukan pembaikan jika didapati kenderaan berdepan masalah termasuk menggantikan enjin baharu.

Dalam satu kenyataan, Kia Motors berkata syarikat berkenaan turut  sedang mengemas kini perisian operasi Sistem Pengesanan Sensor. – carbuzz

Google ads
Back to top button