Motosikal

YAMAHA 135 LC 2021 DAPAT 4 WARNA DAN GRAFIK BAHARU. HARGA SAMA, BERMULA RM6,868

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan bahawa model Yamaha 135 LC sudah menerima warna dan grafik baharu untuk tahun 2021.

Kapcai popular itu kini didatangkan dalam empat warna baharu iaitu biru, merah, hijau (syan) dan emas (Stealth Gold) edisi khas.

Harga yang dicadangkan oleh HLYM tidak berubah, iaitu RM6,868 untuk versi standard dan RM7,118 bagi Edisi Khas. Harga tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Setiap pembalian akan dihadiahkan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100.

Yamaha 135 LC dikuasakan oleh enjin empat lejang SOHC selinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair. Dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan, ia mampu menjana kuasa 8.93kW dan tork maksimum 11.9Nm.

Menggunakan kerangka jenis diamond, kapcai itu dipasang dengan suspensi teleskopik di hadapan dan Monocross di belakang. Brek pula terdiri daripada jenis cakera tunggal di hadapan dan gelendong di belakang.

GALERI

Google ads
Back to top button