Motosikal

EICMA 2016: KAWASAKI VERSYS-X 250 – MODEL ADV TERHANGAT DI PASARAN!

Nampaknya populariti jentera adventure dengan kapasiti enjin kecil terus melonjak di pameran motosikal utama di dunia, EICMA 2016 yang sedang berlangsung di Milan, Itali.

Selepas BMW memperkenalkan G310 GS, Suzuki tampil dengan DL250 V-Strom, tiba masanya untuk Kawasaki mengujakan peminatnya menerusi model Kawasaki Versys-X 250 atau 300 (bergantung kepada pasaran).

kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-1

Sedia maklum bahawa Kawasaki sememangnya sudah mempunyai enjin berkapasiti begitu yang digunakan pada model Ninja dan Z. Enjin DOHC, 8 injap parallel-Twin dengan sistem penyejukan cecair itu didakwa mampu menghasilkan kuasa sekitar 38bhp. Ia ditala untuk menawarkan tujahan kuasa tork pada julat rpm rendah dan sederhana.

EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGRERA

EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”

EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797

EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN

Ia kemudian dipadankan dengan klac jenis Assist & Slipper. Jadi, klac tersebut lebih ringan ketika menunggang di kawasan bandar dan kurang rasa ‘terkunci’ apabila digunakan secara agresif.

kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-15

Kawasaki menyahut cabaran untuk menghasilkan versi Versys yang lebih kecil dan lincah dengan badan serta casis jenis backbone serba baru. Dengan berat 170kg, Kawasaki Versys-X 250  mempunyai ketinggian tempat duduk 800mm.

Tipikal sebuah model adventure, Versys-X 250 menawarkan posisi tunggangan menegak bersama bar hendal yang lebar. Jentera itu turut dipasang dengan fork hadapan travel sepanjang 41mm dan monoshock Uni-Trak pada roda belakang. Ia ditala untuk menawarkan kualiti tunggangan yang seimbang sama ada di laluan biasa mahupun off-road.

kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-5

Motosikal itu menggunakan rim lidi bersaiz 19 inci dan cakera brek bersaiz 290mm dihadapan. Manakala roda belakang bersaiz 17 inci dipasang dengan brek cakera 220mm. Brek ABS didatangkan sebagai ciri standard.

Panel instrumen pula terdiri daripada takometer analog dan skrin LCD. Ia memaparkan pelbagai maklumat seperti kedudukan gear, kelajuan, takat bahan api, jarak dan meter perjalanan. Dengan mode eco, satu tangki boleh membawa motosikal ini sejauh 386km.

kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-14

Kawasaki menawarkan Versys-X 250 dalam dua varian iaitu Urban dan Adventure. Ia dibezakan menerusi pilihan kotak pannier, pelindung tangan, tongkat tengah dan banyak lagi.

Pelanggan boleh memilih Versys-X 250 dalam kombinasi warna seperti hijau, kelabu, hitam dan oren, juga bergantung pada pasaran yang dimasukinya.

kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-3

Versys 650cc sememangnya cukup popular di Malaysia. Jadi, saya yakin pengguna tempatan sangat berharap Kawasaki Motors Malaysia membawa masuk Versys-X 250. Mesti laku tak ingat punya…

GALERI

kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-2kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-4kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-6kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-7kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-10kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-12kawasaki-versys-x-250-eicma-2016-mekanika-13

Google ads
Back to top button