Buletin

LANGGAN KERETA TOYOTA DENGAN KINTO ONE. BERMULA RM1,678 SEBULAN

Ditawarkan hampir di seluruh dunia termasuk pasaran Amerika Utara dan Selatan, Asia serta Eropah, Toyota Capital Malaysia buat julung kalinya memperkenalkan program langganan kenderaan Islamik sebagai pilihan terbaru kepada pelanggan tempatan.

Dikenali sebagai KINTO ONE oleh Toyota Capital Malaysia, ia menawarkan medium baru kepada pelanggan untuk memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah pembelian sewa beli kenderaan secara tradisional sebelum ini.

Senang cakap, KINTO-ONE ialah satu pelan langganan kenderaan yang komprehensif. Ansuran bulanan tetap sudah merangkumi kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehensif tahunan, cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta pencegahan.

Perkhidmatan itu boleh didapati secara eksklusif secara dalam talian melalui laman web www.kinto-my.com Model-model semasa yang ditawarkan termasuklah Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry dengan banyak lagi model lain akan disertakan, termasuk dari Lexus.

Bayaran yang dikenakan adalah bermula RM1,678 sebulan untuk model Yaris dan boleh dilanggan bermula 18 Januari 2021.

Tempoh langganan yang ditawarkan adalah selama dua tahun atau tiga tahun. Sebaik sahaja tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan berkenaan kepada Toyota Malaysia dan selebihnya akan diuruskan sewajarnya.

Jadi, pengguna tidak perlu risau tentang susut nilai semasa kenderaan dan menjual kereta itu selepas digunakan selama beberapa tahun.

KINTO ONE turut disasarkan kepada syarikat-syarikat yang ingin meringankan beban aset mereka,

Pelanggan tidak perlu risau kerana semua servis akan dikendalikan oleh pengedar sah Toyota dan menggunakan alat ganti tulen.

Semua pelanggan KINTO ONE dilindungi di bawah insurans takaful komprehensif dengan bantuan kecemasan 24-jam.

Google ads
Back to top button