Motosikal

KMM UMUM HARGA KAWASAKI Z900 ABS – BERMULA RM49,158 SEUNIT!

Kawasaki Motors Malaysia (KMM) hari ini mengumumkan harga untuk jentera berkuasa tinggi keluarannya, Kawasaki Z900 ABS.

Motosikal itu didatangkan dua varian iaitu Kawasaki Z900 ABS (Standard) dan Kawasaki Z900 ABS (Special Edition). Harga yang ditawarkan ialah RM49,158 untuk versi standard dan RM50,959 bagi model edisi khas (termasuk GST).

Kawasaki Z900 ABS (Standard) hadir dalam warna kelabu. Manakala Kawasaki Z900 ABS (Edisi Khas) pula tampil dengan warna biru. Lebih menarik lagi, jentera tersebut dilengkapi penutup tempat duduk tunggal, pelindung meter tinggi, outlet DC, skrin radiator, penutup enjin, slider, slider gandar hadapan serta pad pada tangki dan lutut.

Sedia maklum bahawa Z900 ialah model terbaharu dalam keluarga Z Supernaked. Ia menggantikan jentera Z800 yang sebelum ini menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

Tampil dengan rekaan sugomi yang agresif dan sporty, jentera itu dijana oleh enjin empat selinder sebaris berkuasa 125PS dan tork 98.6Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Penggunaan kerangka Trellis serba baru yang lebih ringan nyata membantu menawarkan pengendalian yang lincah.

Model-model ini sudah boleh didapati di pengedar sah Kawasaki, GT World Ninja dan Ninja Shop bermula 8 April 2017.

Boleh dah nak siap-siap keluarkan duit tabung dan minta penyata gaji bulanan daripada HR.

BACA: KAWASAKI LANCAR 4 MODEL BAHARU 2017

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button