Buletin

NAK TAHU HARGA PROTON X50? TUNGGU 27 OKTOBER NANTI

Dalam tempoh dua minggu sahaja, SUV kompak terbaharu X50 sudah mencatat tempahan melebihi 20,000 unit.

Ia sekali gus menunjukkan jentera terbaharu Proton ini sangat dinanti-nantikan peminat automtif tanah air.

Begitupun, persoalan yang wujud adalah harga bagi model X50 ini.

Jangan risau, ia berikutan model SUV paling hangat tahun ini bakal dilancarkan secara rasmi melalui platform alam maya pada 27 Okotober ini.

Menurut laman rasmi Facebook pengeluar jentera itu, pelancaraan dijangka berlangsung pada pukul 10.50 pagi.

Justeru, sama-samalah kita menanti dengan penuh sabar beberapa hari lagi untuk mengetahui harga rasmi X50 ini.

X50 ditawarkan dalam empat varian iaitu 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TDGI Flagship.

SUV kompak ini menawarkan enam warna pilihan iaitu merah, oren, biru, kelabu, perak dan putih. 

Jentera tersebut dikuasakan oleh dua pilihan enjin tiga selinder, sama ada 1.5 liter turbo berkuasa 148hp atau 1.5L T-GDI yang mampu menjana kuasa 175hp.

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear klac berkembar 7 kelajuan. 

Google ads
Back to top button