Artikel Pilihan

SALAM R34 GTR DARI DUBAI UNTUK SEMUA PEMINAT JDM

Walaupun Nissan GTR adalah terbaru adalah penjelmaan terhebat dan paling canggih dalam sejarah GTR tapi jauh di sudut hati cinta Pak Amid tetap bersemi kepada R34 nan satu. Payah nak diungkapkan dengan kata-kata tapi ini adalah kereta sports Jepun paling segak lagi gerek (dari mata Pak Amid la).

Ini merupakan sebuah antara spesimen terbaik R34 dan ditemui di Dubai oleh rakan kami dari jdmchicago.com. Ia dimiliki oleh Elite Autosports dan merupakan antara varian R34 yang paling terhad jumlahnya.

Penggambaran kereta memang sukar dilakukan di Dubai kerana cuacanya yang berdebu jadi ia memang satu situasi yang mencabar. Sebelum posing kena lap bersih-bersih dulu buang bedak (debu) yang bertepek. Berbeza dengan artis yang kena tepek bedak 3,4 kilo dulu baru shoot.

Kereta pemanduan sebelah kanan sebenarnya tidak dibenarkan di Dubai (kecuali jika ia model vintaj ataupun pemilik berjaya memperolehi kebenaran dari pihak kerajaan). Jadi untuk membolehkan kereta ini digunakan secara sah di Dubai, pemiliknya telah mengubahsuai GTR ini menjadi model panduan sebelah kiri.

BACA: INI NISSAN PULSAR – BABY GTR!

Sebelum dibawa ke Dubai, GTR ini telah menjalani pembedahan Nismo R-Tune di hospital pakar Nismo di Omori. Satu perkara yang sangat cool ialah GTR ini menggunakan enjin RB26DETT Nismo R1 yang memang sangat rare.

Khabar angin yang bertiup mengatakan yang hanya sekitar 25 ke 30 unit GTR sahaja yang dihasilkan dengan pakej lengkap enjin Nismo R-Tune dengan enjin R1 dari Omori. Kalau Yamaha R1 memang banyak, buat saja carian dalam mudah.my. Pandanglah dari sudut mana pun kereta ini memang layak diberikan laluan jika menghampiri kita dari belakang.

Kredit jdmchicago.com

Google ads
Back to top button