
TOYOTA THAILAND TAWAR PROGRAM LANGGANAN YARIS ATIV (VIOS) UNTUK WARGA BANGKOK. RM1.6K SEBULAN
Toyota Motor Thailand Company Limited dan Toyota Leasing (Thailand) Company Limited memperkenalkan program langganan untuk pelanggan individu yang tinggal di bandaraya Bangkok.
Eksklusif kepada 50 buah Yaris Ativ, program itu dikenali sebagai “KINTO ONE Limited Toyota ATIV”. Ia menawarkan langganan selama tiga bulan dan satu tahun bagi memenuhi keperluan mobiliti pelanggan dalam tempoh ekonomi yang mencabar sekarang.
Bermula 30 Mac 2020, pelanggan yang berminat perlu memohon secara dalam talian dengan kelulusan boleh diperoleh dalam masa satu jam.
Lebih menarik, pelanggan tidak perlu membayar bayaran muka dan tiada had perbatuan dikenakan sepanjang tempoh langganan.

Caj bulanan adalah 12,000 baht (RM1,600) dan penyelenggaraan boleh dibuat di pusat servis sah Toyota di Bangkok. Buat masa sekarang, hanya Yaris ATIV ditawarkan dan model Lexus dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.
“Perkhidmatan ini khas buat pelanggan di Bangkok bagi membantu mereka untuk bergerak setiap hari pada harga lebih mampu milik berbanding menaiki pengangkutan awam.
“Toyota ATIV yang digunakan dalam program ini dijamin dari segi kualiti, keselatan dan dilengkapi pelbagai ciri menarik,” kata Naib Presiden Eksekutif Toyota Motor Thailand, Surasak Suthongwan.
- BACA: SKIM PEMBELIAN SEMULA TRAK PIKAP TACOMA, LELAKI TIPU PENGEDAR TOYOTA RM18.8 JUTA
- BACA: TOYOTA AKAN TIRU CARA SUZUKI HASILKAN MODEL KOS RENDAH DI INDIA
- BACA: TOYOTA PRADO KAKADU HORIZON 2020. LEBIH MEWAH, BANYAK AKSESORI BAHARU
- BACA: TOYOTA HALANG JUALAN GRIL TIRUAN, RAMPAS STOK DAN MINTA BAYAR GANTI RUGI








