
LAMPU JALAN BOLEH CAS TELEFON.MAKIN MAJU TEKNOLOGI SEKARANG
Pernah tak berdepan situasi tengah jalan-jalan di bandar raya tetiba bateri telefon mati.
Kalau berada di jalan Jianghan, Wuhan, China, anda tidak perlu bimbang dengan situasi berkenaan.
Ia berikutan sebanyak 60 lampu jalan dapat berfungsi dua dalam satu kerana dapat menerangi jalan serta dijadikan pengecas telefon bimbit.
Global Times melaporkan kemudahan itu menjadi tarikan bagi pelancong mengunjungi wilayah itu dan mencuba teknologi canggih berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati bagi mengelakkan telefon mereka dicuri ketika ia dicaj di lampu berkenaan.
Setiap satu kemudahan berkenaan menyediakan dua port pengecas tanpa wayar yang memudahkan sesiapa saja menggunakannya.
Menurut pekerja kemudahan berkenaan, lampu jalan baharu yang didatangkan dengan pengecas tanpa wayar itu boleh cas telefon dalam tempoh 10 hingga 20 minit sahaja mencecah 70 peratus. – agensi
- BACA: VW JUAL PENGECAS ELEKTRIK UNTUK SEMUA, HARGA DARI RM1.8K SAHAJA
- BACA: JOHN MCCLANE KEMBALI DIBURU ANTAGONIS DALAM DIEHARD BAHARU. TAPI IKLAN BATERI KENDERAAN JE
- BACA: POLESTAR 2 ALAMI MASALAH BATERI, TESLA SENANG HATI
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK