Artikel Pilihan

LAND ROVER MENERIMA COP DIRAJA, MENJADI SIMBOL STATUS.

Royal Warrant adalah satu simbol yang sangat jarang didengari, yang akan diberikan pada mana-mana produk atau servis yang dibeli oleh keluarga di Raja United Kingdom sekiranya mereka sangat-sangat berpuas hati dengan produk dan servis yang telah diterima

Jika diberi penilaian secara terus, mungkin pengiktirafan Royal Warrant ini macam tiada apa-apa. Tapi dari segi sejarah, ia akan menambah nilai dan prestij sesuatu jenama apabila menerima cop mohor di Raja. Ia seolah-olah jenama ini menerima pengiktirafan tertinggi dalam kedudukan sosial masyarakat

Bagi United Kingdom, sesuatu jenama hanya akan menerima status di Raja apabila ditauliahkan oleh salah seorang dari 3 orang ahli keluarga di Raja yang paling senior iaitu Permaisuri, Duke of Edinburgh atau Prince of Wales. Status ini tidak akan diberi secara automatik, tapi akan dipilih dan ditapis secara berhati hati menurut undang-undang

Hanya selepas keluarga di Raja menerima servis dan produk yang akan digunakan selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang masalah, barulah syarikat akan menerima cop mohor di Raja ini. Apabila sesebuah syarikat ini menerima kelulusan daripada salah seorang ahli keluarga di Raja di atas, satu jata atau logo rasmi akan dipaparkan pada produk syarikat dengan tulisan “By Appoinment”

Logo ini boleh digunakan untuk jualan produk kepada orang ramai dan bagi jenama automotif pengiktirafan ini diberikan kepada jenama Jaguar Land Rover. Tambah menarik pengiktirafan di Raja ini diberikan oleh Quen, Duke of Edinburgh dan Prince of Wales semenjak tahun 1951 bermula dari KinG George VI

Land Rover merupakan satu-satunya jenama yang menerima 3 pengiktirafan di Raja sekaligus menjadikannya layak menggunakan 3 jata di Raja yang berbeza iaitu jata HM The Queen 1955, HRH The Duke of Edinburgh 1987, dan HRH The Prince of Wales 1981 dalam kategori Manufacturers of Motor Vehicles.

Salah satu kenderaan yang disukai oleh Quen ialah Land Rover Defender sendiri yang dihasilkan daripada tahun 1949 sehingga tahun 2016, 67 tahun berturut- turut. Dalam tempoh ini, sebanyak 2 juta unit telah dihasilkan bagi kegunaan di seluruh dunia termasuklah menjadi pilihan untuk pasukan keselamatan, polis dan tentera

Land Rover Defender digantikan dengan model baru iaitu Defender 2020, mengguankan cesi aluminium monocoque berbanding ladder frame bagi model lama serta ditawarkan dalam 2 varian samaada 90 (2360mm jarak antara roda) atau 110 (2794mm jarak antara roda).

Model ini bakal meneruskan legasi Land Rover Defender dengan tawaran enjin yang lebih berkuasa, pelbagai teknologi terkini dan lebih lasak

Google ads
Back to top button