Buletin

APA BARANG MOTOSIKAL,KAWASAKI BIKIN KAMBING ROBOTIK

Kawasaki melancarkan robotik ibex (spesies kambing liar) pada Pameran Perdagangan Robot iREX di Jepun baru-baru ini.

Kambing robotik berkenaan dibangunkan pasukan kejuruteraan Kawasaki  sejak tahun 2015 melalui Robust Humanoid Platform dikenali sebagai Kaleido.

Menariknya, kambing tersebut boleh ditunggang manusia.

Robot dikenali sebagai Bex itu mampu menampung kargo sehingga 100 kg dan dilengkapi kamera yang mampu membantu menjalankan pemeriksaan tumbuhan di ladang.

Selain itu, ia juga boleh menyesuaikan diri dengan beberapa persekitaran semula jadi.

 “Separuh jalan antara robot humanoid dan robot beroda, kami tertanya-tanya jika ada peluang.

“Justeru, kami mula membangunkan Bex, robot yang mampu berjalan dengan memiliki empat kaki.

“Kami percaya bahawa teknologi berjalan yang diserapkan dalam pembangunan robot humanoid boleh digunakan pada robot berkaki empat,” kata Masayuki Soube yang bertanggungjawab membangunkan RHP.

Pada pameran sama, Kawasaki turut mempamerkan robot humanoid terbaharu yang mampu menolak kerusi roda, berbual bersama warga emas dan menari di atas pentas. – carscoops/rideapart

Google ads
Back to top button