
LAND ROVER PINK PANTHERS.SECEBIS SEJARAH UNIK TENTERA BRITAIN
Sukar membayangkan merah jambu menjadi sentuhan warna pada kenderaan-kenderaan tentera.
Ia berikutan, kebanyakkan kenderaan-kenderaan tentera didatangkan warna kuning gelap (khaki), kuning air (beige) mahupun hijau.
Bagaimanapun, tentera Britain pernah memiliki koleksi jentera Land Rovers berwarna merah jambu yang lebih dikenali sebagai Pink Panthers ataupun Pinkies.
Warna merah jambu dikatakan amat sesuai digunakan sebagai penyamaran di padang pasir.
Pasukan tentera Britain pertama kali menggunakan warna terbabit ataupun lebih popular dengan panggilan Desert Pink pada kempen Perang Dunia ke-2 di benua Afrika.
Jentera digunakan dalam kempen tersebut merupakan Land Rover Series 2A.
Ia turut berkhidmat untuk pasukan SAS Britain bermula 1968 sehingga 1984.
Justeru, jangan memperlekeh warna merah jambu kerana ia adalah warna yang dapat membantu dalam misi penyamaran. – odditycentral
- BACA: LAND ROVER DEFENDER 110 MENDARAT DI MALAYSIA. 2 VARIAN, HARGA BERMULA RM798K
- BACA: LAND ROVER DEFENDER 110 2021 LANCAR 21 OKT INI. 2 PILIHAN ENJIN. BANYAK CIRI BAHARU
- BACA: LAND ROVER V8 BOND EDITION. RAI KERJASAMA 38 TAHUN. TERHAD 300 UNIT SAHAJA, BERMULA RM476K
- BACA: ITC AMERIKA SIASAT VW. DIDAKWA LANGGAR PATEN TEKNOLOGI TERRAIN RESPONSE MILIK JAGUAR LAND ROVER






