Buletin

LAND ROVER V8 BOND EDITION. RAI KERJASAMA 38 TAHUN. TERHAD 300 UNIT SAHAJA, BERMULA RM476K

Land Rover meraikan penyertaannya dalam filem James Bond “No Time To Die” dengan Defender edisi khas. Dikenali sebagai Land Rover Defender V8 Bond Edition, jentera itu dihadkan kepada 300 unit sahaja. 

Jentera berkenaan ditawarkan sama ada sebagai Defender 110 atau 90 dan diinspirasikan daripada model yang tampil dalam filem perisik terkenal itu. Nampak garang dalam warna hitam, Defender V8 Bond Edition  tampil dengan ciri Extended Black Pack, rim aloi 22 inci dan angkup brek berwarna Xenon Blue. 

Bahagian belakang dilekatkan dengan lencana Defender 007. Tidak ketinggalan, treadplate beriluminasi dan animasi pemula pada skrin sentuh yang dibangunkan khas. Sebaik sahaja berdiri berhampiran, pemandu akan dialu-alukan dengan lampu berimej 007. Memang cool.

Menerima nombor siri dan logo SV yang istimewa, ia ditawarkan pada harga AS$144,600 (RM476,000) di pasaran Amerika Syarikat. 

“Land Rover Defender V8 Bond Edition mewakili pertemuan dua jenama Britain yang hebat, selain meraikan kerjasama unik selama 38 tahun di antara Land Rover dan James Bond,” kata Pengarah Jenama Land Rover, Finbar McFall. 

SUV itu dijana oleh enjin V8 bersesaran 5.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 525PS dan tork 625Nm. Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.9 saat dengan kelajuan maksimum 240km/j. 

GALERI

Google ads
Back to top button