" "
Buletin

LANGGAN TOYOTA SERVICE SAVERS, NIKMATI BANYAK KELEBIHANNYA

Cuba anda semak harga kenderaan Toyota terpakai di pasaran. Pasti anda sedar yang harganya sangat susah untuk jatuh walaupun sudah mencecah 5 tahun. Bandingkan pula dengan kenderaan dari jenama yang lain.

Anda pasti terkejut dengan perbandingan harga tersebut. Harga kenderaan Toyota terpakai kekal pada harga jualan yang tinggi jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.

Antara sebab mengapa kenderaan Toyota terpakai dapat mengekalkan harga pasaran yang tinggi adalah kerana kelasakan kenderaan itu sendiri. Toyota memberi persepsi yang luar biasa kepada para pengguna dari segi ketahanan dan kebolehpercayaan.

Faktor kedua ialah sokongan Pusat Jualan, Servis, Cat dan Badan Kereta Toyota yang menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, alat ganti tulen dan juruteknik yang terlatih.

Antara kelebihan menghantar kenderaan ke Pusat Servis Toyota yang bertauliah ialah jaminan kualiti pada setiap perkhidmatan yang diberikan kerana Toyota sentiasa memastikan setiap pekerja di Pusat Servis diberikan pengetahuan yang secukupnya untuk mengendalikan kenderaan anda. Jadi, anda tidak perlu risau kerana kenderaan anda dijaga oleh pekerja Toyota yang terlatih.

Tambahan pula, Pusat Servis Toyota juga akan menggunakan peralatan khas untuk mengesan sebarang masalah pada kenderaan anda semasa pemeriksaan dan servis dilakukan.

Setiap Pusat Servis Toyota juga hanya menggunakan alat ganti tulen dan alat ganti yang ditukar menawarkan jaminan selama 12 bulan atau 20,000km sekali gus memberikan anda ketenangan fikiran. Pengguna hendaklah memastikan setiap alat ganti yang ditukar adalah alat ganti tulen untuk keselesaan pengguna dan memastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap yang baik dan menjamin keselamatan pengguna.

Sekiranya anda pengguna kenderaan Toyota, anda mungkin mahu mempertimbangkan Pakej Servis Toyota yang baharu iaitu Toyota Service Savers, di mana pelanggan boleh mendapatkan penjimatan sehingga 20% untuk penjajaran dan pengimbangan tayar, 20% untuk servis penyaman udara dan 10% untuk alat ganti tulen.

Toyota Service Savers boleh dilanggan selama 2 tahun dan boleh dinikmati di mana-mana Pusat Servis Toyota di seluruh negara. Anda boleh mencari maklumat lanjut berkenaan Toyota Service Saver di pautan INI.

Jika kenderaan Toyota anda mengalami kemalangan, anda tidak perlu risau kerana Toyota juga mempunyai Pusat Cat dan Badan Kereta (B&P) tersendiri. B&P Toyota terkenal dengan kualiti kerja yang baik malah memberikan jaminan mutu kerja yang bagus.

Urusan tuntutan menjadi lebih mudah jika anda melanggan Toyota Insurance Package. Antara kelebihannya ialah bantuan 24 jam dari Toyota 24Seven Road Assist, tiada bayaran tambahan (loading) bagi model yang berisiko tinggi, bayaran tuntutan sehingga 100% sehingga umur kenderaan mencecah 10 tahun dan akhir sekali, tiada bayaran tambahan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan sehingga umur kenderaan mencecah 10 tahun.

Jika anda perhatikan, semua kelebihan ini membuatkan nilai kenderaan jenama Toyota kekal tinggi kerana jaringan perkhidmatan yang diberikan Toyota sangat meluas untuk memastikan pengguna sentiasa mendapatkan perkhidmatan terbaik.

Google ads
Back to top button