Motosikal

3 WARNA BAHARU YAMAHA EGO AVANTIZ 2021. HARGA KEKAL RM4,873 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan skuter Ego Avantiz yang diberi nafas baharu dengan warna dan grafik lebih menarik. 

Pelanggan kini boleh memilih di antara warna biru, merah dan hijau matte. Jika berminat, anda sudah boleh membelinya kerana ia sudahpun berada di semua pengedar Yamaha di seluruh negara. 

Harga Ego Avantiz baharu kekal tidak berubah iaitu bermula RM4,873 seunit sebelum dinaikkan oleh tauke kedai. Alah, macam tak biasa pula. 

Kali terakhir Ego Avantiz menerima warna baharu ialah pada tahun 2018. Ketika itu, warna yang ditawarkan ialah biru, merah dan kuning bersama grafik hitam. Ego Avantiz ialah salah sebuah skuter bersaiz kecil yang popular daripada Yamaha. 

Jentera itu dikuasakan oleh enjin Blue-Core silinder tunggal berkapasiti 125cc yang mampu menjana 9.4hp dan tork 9.0Nm. Kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi jenis tali sawat V automatik.

Keselesaan tunggangan pula disumbang oleh sistem suspensi teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang.  

GALERI

Google ads
Back to top button