Buletin

LESEN WARGA EMAS LENJAN SUBARU IMPREZA WRX KENA GANTUNG

Seorang warga emas berusia 80 tahun yang didakwa memandu Subaru Impreza WRX mencecah 182 km/j dikenakan denda dan lesen digantung selama enam bulan.

Menurut Polis Australia Selatan, lelaki terbabit memandu melebihi had laju di laluan 80 km/j berdekatan kawasan Alma,  kira-kira satu jam dari utara bandar Adelaide.

Tindakan lelaki itu menyebabkan dia dikenakan saman sebanyak A$1,814 (RM5,490) dan lesen digantung serta-merta selama enam bulan.

“Berdasarkan kadar tinggi kemalangan maut dan teruk di kawasan Barossa dan Mid North, gaya pemanduan sebegini menimbulkan kebimbangan,” kata kenyataan polis.

Australia Selatan mencatatkan sebanyak 64 kemalangan maut sehingga hari ini.

Ia merupakan peningkatan 12 peratus berbanding tahun lalu. –Drive

Google ads
Back to top button