Buletin

LITAR DRIFT POPULAR JEPUN, EBISU CIRCUIT MUSNAH AKIBAT GEMPA BUMI

Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.3 skala Richter telah menggegar Fukushima, Jepun pada hujung minggu lalu.

Dalam insiden berkenaan, sebanyak 100 mangsa dilaporkan cedera dan ia berlaku sebelum ulang tahun ke-10 membabitkan gemba bumi mengakibatkan Tsunami sehingga mengorbankan 18,000 orang pada tahun 2011.

Biarpun tiada kemalangan jiwa pada kejadian Ahad lalu, gegaran kuat terbabit menyebabkan kerosakan harta benda agak teruk.

Kerosakan teruk yang melanda Fukushima termasuk lokasi penggemar sukan drift negara itu, Litar Ebisu.

Litar dibangunkan legenda drift, Nobushige Kumakubo cukup terkenal dengan perubahan ketinggian yang mencabar dan pemandangan menarik.

Sebahagian besar litar menempatkan tujuh litar dan dua pad skid tersebut mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi terbabit.

Selain litar kepada penggemar automotif, ia turut menempatkan taman safari dengan pelbagai haiwan kepada para pengunjung.

Difahamkan, haiwan-haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bencana ini bukanlah yang pertama kali kerana pada tahun 2011 gegaran dengan magnitud 9 skala Richter menyebabkan kerosakan lebih buruk lagi malah terdapat beberapa kenderaan drift tertimbus dan rosak. – carscoops

Google ads
Back to top button