Artikel Pilihan

LOGO ISTIMEWA VW BOLEH HALAU KANGAROO – NI BETUL KE PRANK?

Kalau nak kira hari bodoh April Fool memang dah dekat dan syarikat kereta ni kadang-kadang suka buat lawak bodoh 1 April. Namun jika dilihat RooBadge ini nampak macam benar. Kalau sebelum ini logo hadapan kereta sarat dengan inovasi moden seperti radar dan sensor kini tidak lagi.

Logo istimewa ini mempunyai pembesar suara khas yang mampu meghasilkan bunyi untuk menghalau kangaroo. Biar betul? Ia sebenarnya bukan eksklusif untuk BMW tapi juga boleh digunakan pada model-model lain.

RooBadge dibangunkan di Australia. Oo sebab tu kangaroo. VW telah berkolaborasi dengan pakar-pakar haiwan khususnya kangaroo di Universiti Melbourne untuk menghasilkan alat isitimewa ini. Mereka turut mendapat kerjasama dari NGO hidupan liar dengan menyediakan data lokasi-lokasi kangaroo di seluruh Australia.

Selain daripada logo utama, VW Australia turut membangunkan RooBadge untuk dipasang pada bahagian nombor plet kenderaan. Kedua komponen ini masih belum boleh didapati di pasaran kerana mereka masih dalam fasa ujian. Bukan senang nak dapatkan bunyi yang sesuai sebab pembesar suaranya pun kecil sahaja.

Buat masa sekarang ujian mendapati sistem ini berfungsi sepenuhnya. Cuma ujian pertama dilakukan ketika kenderaan sedang berhenti. Ujian selepas ini ialah semasa kenderaan bergerak perlahan.

Dikatakan juga bila sudah disempurnakan nanti, sistem ini turut boleh digunakan untuk menghalau binatang-binatang lain. Ha eloklah untuk lokasi yang kucing atau anjing yang selalu tidur bawah kereta ataupun kampung-kampung yang lembu dilepaskan merata-rata. Bunyi apa yang sesuai korang rasa untuk halau binatang-binatang ni?

Google ads
Back to top button