Buletin

MALAYSIA AIRLINES BERI KIT KEBERSIHAN PERCUMA

Malaysia Airlines Bhd. meneruskan fasa kempen ‘Fly Confidently’ di bawah Malaysia Aviation Group dengan memberikan kit kebersihan percuma kepada semua penumpang.

Dalam kenyataan media, Malaysia Airlines berkata penumpang akan menerima kit kebersihan yang dilengkapi pelitup muka bukan pembedahan, sepeket sanitasi tangan dan sepeket tisu sanitasi dalam bungkusan berzip bersaiz kecil.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan kumpulan, Lau Yin May berkata syarikat penerbangan itu komited untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan dan ketenangan ketika melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan itu.

“Bermula daripada saat mereka menempah tiket penerbangan, tiba di lapangan terbang dan melepasi Imigresen untuk menaiki pesawat, semua langkah itu telah diintegrasikan dengan lancar, dilengkapi langkah-langkah keselamatan dan kesihatan untuk melindungi pelanggan serta petugas,” katanya.

Kempen ‘Fly Confidently’ Malaysia Aviation Group berhasrat menjadikan penerbangan yang lebih selamat dan meningkatkan kesedaran pelanggan.

Selain mengutamakan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan sejajar dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa dan garis panduan perubatan dan alam sekitar.

Google ads
Back to top button