Buletin

MEJA POOL BUGATTI DIPERBUAT DARIPADA GENTIAN KARBON. HARGA RM1.2 JUTA

Jenama Bugatti cukup sinonim dalam menghasilkan hypercar terkemuka di dunia.

Begitupun, Bugatti tidak terkecuali dalam menghasilkan pelbagai produk untuk ditawarkan kepada para pelanggan.

Terbaharu, Bugatti memperkenalkan produk baharu meja pool yang diperbuat daripada gentian karbon.

Meja pool dikenali sebagai Bugatti Pool Table dan dihasilkan menggunakan bahan premium merupakan hasil kerjasama dengan IXO.

Harga sebuah meja pool berkenaan mencecah sehingga €250,000 (RM1.2 juta) malah bersamaan dengan membeli sebuah rumah agam.

Bugatti Pool Table dihasilkan untuk digunakan di kapal layar dilengkapi sistem servo-driven yang menggunakan sensor giroskopik.

Ia dilengkapi dengan isyarat snuker gentian karbon ringan dan skrin sentuh berukuran 33 sentimeter bagi memantau skor pemain.

Bugatti hanya akan menghasilkan 30 unit meja snuker itu dalam edisi terhad yang dijangka habis dijual dalam beberapa hari penjualannya, beberapa minggu akan datang.

Setiap meja pool dihiasi dengan logo rasmi Bugatti dan plak unik dengan bilangan edisi terhad setiap produk.

Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dilaporkan telah menyatakan minatnya untuk membeli meja snuker itu untuk diletakkan di dalam kapal layar miliknya, Azzam, sebuah kapal layar terbesar di dunia. –carscoops/dailymail

Google ads
Back to top button