
MASALAH PERISIAN BREK, PARKIR PUN BOLEH BERGERAK. HYUNDAI RECALL 10,729 IONIQ 5 DAN 9,014 EV6
Hyundai akan memanggil semula 10,729 unit Ioniq 5 dan EV6 sebanyak 9,014 unit berikutan masalah sistem brek.
Menurut carscoops, isu berkenaan berkaitan sistem shift by wire yang boleh menyebabkan kenderaan dalam keadaan parkir bergerak dengan sendiri.
Syarikat terbabit telah menjalankan siasatan berikutan terdapat empat kes yang berlaku melibatkan Ioniq 5 dan Kia EV6 di Korea Selatan.
Dalam kes terbabit, para pemilik mendakwa kenderaan mereka menggelongsor selepas parkir di kawasan cerun dan berbukit selepas ia dimatikan.
Justeru siasatan dibuat dan Hyundai mendapati naik turun voltan mungkin menjejaskan signal arahan darioada Unit Kawalan Penganjak (SCU) yang mengoperasikan sistem shift by wire
Apabila berlaku, ia boleh menyebabkan tuas parkir terbebas sementara. Sebagai mankluman, tuas parkir ialah satu pin dalam transmisi atau sistem pacuan sesebuah kenderaan yang berfungsi menghalang kenderaan bergerak selepas diparkirkan.
Siasatan Hyundai juga mendapati Genesis GV60 dan GV80 EV juga bermasalah sama dan akan menghubungi pemilik Ioniq 5 dan EV6 menerusi e-mel bermula 10 Julai nanti. Pemilik akan diminta menyerahkan kenderaan masing-masing kepada pengedar terdekat untuk menaik taraf perisian SCU percuma.
Hyundai juga menasihati pemilik sedia ada supaya memarkir di permukaan landai dan mengelak meletakkan kenderaan di kawasan curam atau bukit hingga selesai proses baik pulih sistem. –carscoops
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 DINOBAT WORLD CAR OF THE YEAR 2022. KALAHKAN MUSTANG MACH-E DAN KIA EV6.
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, 2 PILIHAN PEK BATERI, TOP SPEED 185KM/J, BERMULA RM199,888
- BACA: INDONESIA LOKASI KEDUA PEMASANGAN EV IONIQ 5, PRODUKSI MULA MAC INI
- BACA: IONIQ 5 SUDAH BOLEH DITEMPAH. 2 PILIHAN PEK BATERI. YURAN TEMPAHAN RM1,000 SAHAJA