,
Motosikal

HONDA CB650F & CBR650F

Selepas pratonton pada 27 Jun lalu, Boon Siew Honda akhirnya telah melancarkan model CB650F dan CBR650F secara rasmi semalam. 

Honda-CB650F-mekanika (3)

Model-model ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat jentera supersport dan naked berkuasa tinggi. Dikategorikan dalam segmen motosikal pertengahan ‘mid-range’, CB650F dan CBR650F dilihat menambah pilihan dalam pasaran yang kian meriah.

CB650F dan CBR650F dijana oleh unit enjin empat silinder sebaris DOHC bersesaran 649cc. Ia merupakan sebuah enjin baharu yang direka agar dapat menawarkan tork kuasa yang tinggi dalam julat rpm rendah dan sederhana, terutama di bawah 4,000rpm.

Honda-CBR650-mekanika (2)

Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga 64kW @ 11,000rpm dan tork maksimum 63Nm @ 8,000rpm. Nota bunyi enjinnya pula disalurkan oleh sistem ekzos 4-2-1, memang mengasyikkan.

Sebagai sebuah jentera naked, 650F menawarkan posisi tunggangan yang lebih menegak dan santai untuk perjalanan jauh. Sementara CBR650F pula sesuai untuk penunggang yang mahukan tunggangan lebih sporty.

Honda-CB650F-mekanika (1)

Biarpun begitu, Honda menyatakan bahawa kedua-dua motosikal ini menawarkan tunggangan yang lincah, mudah dikawal dan menyeronokkan.

Dari segi rupa, kedua-dua motosikal ini menampilkan rekaan yang agresif. Lampu hadapan dan belakangnya menggunakan lampu LED. Panel meter terdiri daripada meter digital berkembar yang besar dan mudah dibaca.

Honda-CBR650-mekanika (1)

CB650F didatangkan dalam pilihan warna perak, putih (TRICO) dan putih Himalaya. Harganya ialah RM39,999 seunit. CBR650F pula boleh anda miliki pada harga RM41,999 seunit. Ia hadir dalam warna perak, putih (TRICO), putih Himalaya dan merah.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button