Buletin

THAILAND LANCAR MITSUBISHI TRITON ATHLETE. VARIAN PALING TINGGI BERMULA RM142K

Selepas memperkenalkan model kompak Mirage, Mitsubishi Thailand melancarkan pula varian paling tinggi untuk trak pikap popularnya, Triton Athlete ke pasaran tempatan. 

Seperti yang anda boleh lihat, jentera itu menerima pelbagai penambahbaikan sama ada pada bahagian dalaman dan luaran.

Wajah Triton Athlete tampil garang dengan kemasan hitam berkilat pada gril, bampar hadapan, perumah cermin sisi, pemijak kaki, bampar belakang dan bumbung.

Rim aloi bersaiz 18 inci dan pelekat khas berwarna hitam dipasang bagi membezakannya dengan varian Triton yang lain. Sementara sports bar pada ruang kargo hadir sebagai aksesori tambahan. 

Masuk ke ruang kabin, pemandu dan penumpang disambut oleh kemasan dalaman dengan tona hitam-oren. Tona itu digunakan pada tempat duduk dan konsol tengah.

Perkataan ‘Athlete’ juga disulam pada bahagian penyandar kerusi hadapan untuk menjadikannya lebih eksklusif. 

Rangkaian kuasa bagaimanapun tidak diusik. Jentara itu masih menggunakan enjin MIVEC Turbo Clean Diesel bersesaran 2.4 liyter berkuasa 181PS dan tork 430Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

Sistem keselamatan juga tidak berubah dengan Amaran Ttik Buta, Bantuan Penukaran Haluan, Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), kamera 360 darjah dan banyak lagi. 

 Triton Athlete ditawarkan pada harga bermula RM142,00 hingga RM157,500 seunit dengan pilihan warna oren, putih dan hitam.

Mazda CX30

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button