Buletin

MAZDA MX-5 LEVANTO

Mazda telah memilih Garage Italian Customs untuk menghasilkan satu modifikasi khas untuk model roadster MX-5 generasi keempat.

Mazda-MX-5-Garage-Italia-Customs-mekanika (6)

Diberi nama MX-5 Levanto, jentera tersebut memiliki warna dua tona pada bahagian luarannya.  Bahagian bawahnya diwarnakan dengan warna oren. Manakala bahagian atas pula dicat dengan warna biru.

Apabila dilihat dengan teliti, kedua-dua warna itu digabungkan dengan baik oleh pakar cat Garage Italian Customs. Jadi, anda tidak akan nampak pemisahan di antara warna-warna tersebut.

Mazda-MX-5-Garage-Italia-Customs-mekanika (2)

Ruang kabinnya pula menggunakan upholsteri gabungan Alcantara berwarna biru dan denim.  Sekali pandang, payah pula nak kata kereta ini cantik. Ke macam mana?

Untuk makluman, idea kreatif itu merupakan hasil interpretasi daripada filem karya Bruce Brown tahun 1966 yang bertajuk The Endless Summer.

Mazda-MX-5-Garage-Italia-Customs-mekanika (4)

Filem itu mengetengahkan tentang aspek kebebasan, hubungan dengan alam sekitar dan keinginan terhadap musim panas yang tidak pernah berakhir.

Penampilan jentera itu disempurnakan lagi dengan rim Design 66″ bersaiz 17 inci daripada aksesori tulen Mazda.

Google ads
Back to top button