
MAZDA TAWAR VARIAN CX-30 AWD 2020, RM176k. NAIK TARAF VARIAN 2.0L SKYACTIV-G
Bermaz Motor hari ini mengumumkan bahawa Mazda CX-30 2020 kini didatangkan dengan varian 2.0L SKYACTIV-G AWD. Manakala varian 2.0L SKYACTIV-G pula tampil dengan beberapa naik taraf.
CX-30 AWD menggunakan sistem pacuan semua roda i-ACTIV AWD Mazda yang menyokong pemanduan di atas apa jua permukaan jalan. Sistem tersebut memantau kondisi jalan dalam masa sebenar dan mengesan perubahan pada kelajuan roda yang mungkin tidak disedari oleh pemandu.

Ia kemudian mengawal agihan kuasa tork secara proaktif. Menawarkan keupayaan pacuan roda hadapan sepenuhnya dan pacuan empat rosa, sistem itu bukan sahaja menjanjikan pengendalian mantap. Malah menjadikan pemanduan di atas jalan yang teruk lebih efisien dan selamat.
i-Activ AWD turut hadir dengan sistem Off-road Traction Assist yang berfungsi mengagihkan kuasa pacuan ke tayar untuk memaksimumkan cengkaman. CX-30 AWD mengekalkan spesifikasi yang sama dengan varian 2.0L SKYACTIV-G High.

Varian 2.0L SKYACTIV-G pula menerima ciri-ciri tambahan seperti sistem kemasukan tanpa kunci dn Walk Away Lock.
CX-30 kini merupakan uniyt CBU dari Jepun. Ia hadir dalam pilihan warna merah, kelabu, hitam, biru, perak, putih mutiara, titanium dan kelabu metalik.
Harga CX-30 adalah seperti berikut:
- Mazda CX-30 2.0L 2WD RM145,759
- Mazda CX-30 2.0L 2WD High RM164,059
- Mazda CX-30 2.0L AWD High RM176,059
- Mazda CX-30 1.8L Diesel 2WA High RM172,943
Semua kenderaan Mazda yang didaftarkan mulai 1 Januari 2019 didatangkan dengan jaminan pengilang dan servis percuma selama 5 tahun dengan had perbatuan sejauh 100,00km (mana-mana tiba dahulu).