
PLAYER ANDROID 10 INCI CAP AYAM – BOLE PAKAI LA…
Duduk-duduk saja ni tiba-tiba Abang Japar ada idea nak buat pasal player. Ya, player android. Asalnya nak cari yang 8 inci untuk vellfire. dah tengok ada la beberapa jenama Jepun, harga dia memang buat nak terajang dinding.
Apa gila player kereta sampai RM8-10K? sebab dia brand Alpine? Eh, tak pasal lah nak beli. TV rumah kalau RM8 ribu kau dah boleh beli sama besar dengan rumah.
Jadi, Abang tak jadi beli, cuma tengok dalam mudah, dalah shopee, dalam facebook dalan youtube dan abang decide nak try yang ni.
Beli itu hari RM600 macam tu. Sebenarnya ada yang murah RM199. Benda nampak maca sama.
Tapi dengar player harga RM199 ni takut pulak merepek murahnya, jadi Abang beli yang ni. Kira mahal sikit lah. Apadahal Abang kat banyak duit lepas jual Panigale haritu.
Nah tengok ni sementara tunggu berbuka. Ni abang pasang dalam Rolls Royce Phantom II.